Setiap hari yang dilewati makin bertambah sayang sayang dan SAYANG ..
Setiap detik masa tidak pernah jemu melafazkan rindu rindu dan RINDU ..
Setiap hembusan nafas sentiasa mahu bersama perlu perlu dan PERLU ..
Di awal perkenalan sekadar memerhati tanpa ada perasaan bermain di hati ..
Bibit bibit perkenalan dari hari ke hari semakin serasi dan perasaan juga terisi ..
Bait bait kata seolah olah mengerti di saat keadaan benar benar dirasai ..
Kata-kata madahan menjadi suaraHearty , dan timbul sebuah Mystery
yang telah menjadi Chemistry di antara dua insani ..
Tanpa di sedari hati ingin mendekatkan diri dan mendalami lagi perasaan ..
Sebagai permulaan mencuba dengan hanya sekadar 'gurauan dalam perhubungan'
Bila terasa hanya menipu pandangan orang dan sememangnya juga menipu diri sendiri ,
jadi tidak mahu hanya terus terusan menganggap ianya sebuah permainan ..
Dari hari ke hari , tanpa di sedari , hari yang dilewati ,
Ternyata permintaan hati mahukan sesama sendiri ..
Maka terciptalah sebuah ceritera cinta antara Aku & Dia iaitu KAMI .............
'Untuk mencintai amat mudah tapi untuk dicintai sepenuh hati itu belum tentu pasti'
Saat aku membenarkan cinta baru dalam hidup ,
Aku dapat menyembuhkan hati sendiri malah menjadi penyembuh hati dia yang juga pernah terluka ..
Maka kami memberi dan menerima cinta yang ikhlas untuk bersama ..
Ada sedetik masa , terfikir untuk berhenti dari terus memberi harapan dan mengharap sesuatu yang lebih besar kerana takut untuk menerima dan merasa lagi apa itu cinta , ternyata telah tewas kerana perasaan yang mendalam tak sanggup kehilangan ..
Sejujurnya aku bicarakan ,
Mencintai dia satu perasaan yang tenang aku rasakan. Dengan keyakinan yang dia katakan , aku bersikap terbuka dan sentiasa percaya setiap perlakuan , dan dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atas kepercayaan yang aku juga berikan ..
Dia pandai menjaga hati sampai kadang kadang tak kisah memakan hati sendiri kerana lebih tak rela berkeadaan menghimpit diri .. walaupun buah hati yang selalu ikut emosi , dia tak pernah tidak peduli untuk tetap menjaga hati. Dia memang 'PENJAGA HATI' yang terbaik bagi aku dan memang dia tiada pengganti.
Dia selalu buat hati aku berbunga-bunga ..
Dia 'SWEET' sampai aku terkena 'Diabetes Cinta' ..
Tutup mata terlena mahu tetap mimpikan dia ,
Celik mata terjaga tetap terus teringatkan dia .. ALAHAI (^_*) ~
Setiap masa terlalu asyik fikirkan dia muka tak lekang dek senyuman ..
Bercinta sakan biarkan saja KAMI yang rasakan ..
Yang aku tahu DIA yang aku mahukan dan AKU yang dia inginkan ..
Apa orang lain mahu katakan yang bukan bukan ,
Iya silakan wahai sekalian kerana tak mampu untuk kami hentikan ,
Apa yang mampu kami lakukan hanyalah abaikan tanpa ada pertelingkahan ..
Entah sejak bila aku mula sayangkan dia
Entah sejak bila aku mula rindukan dia
Entah sejak bila pertama kali aku lafazkan cinta pada dia ..
Yang pasti sejak ada kehadiran dia , hidup aku bertambah ceria ceria dan ceria ..
Dia sangat bermakna dalam hidup aku .. Aku bahagia sangat bersama dengan dia ..
Tak sanggup rasanya untuk memikirkan jika satu hari nanti aku kehilangan dia ..
Dan aku bersyukur sesungguhnya dia amat mengerti perasaan dan hati ku ini seadanya ..
'Jika apa yang sedang aku rasakan , maka dia juga merasakan itu' ..
Dia banyak mengajar aku erti hidup , dan aku bukanlah lagi diri aku yang terburu buru mendahulukan emosi dari menahan jiwa kacau yang melanda diri ..
Bukanlah kami terlalu terpesona dalam dunia cinta , tetapi cuma menghargai anugerah cinta yang tercipta. Bukan lah niat menunjuk nunjuk yang kami sedang bahagia , kerana apa yang tertera adalah luahan hati yang sedang dirasa.
Jika ada yang terasa hati dengan kami , ada yang menunggu sesuatu terjadi antara kami , atau mungkin mahukan seperti kami , sekerdil kerdil manusia , memang tak mampu untuk kami halangi. Kami bercinta selagi punya rasa , kami berbahagia selagi ada masa , kalau hubungan kami memang tidak berpanjangan , apalah daya kami untuk menolak takdir yang direncanakan.
Ajal maut , jodoh pertemuan , di tangan Tuhan
Apa yang dirancang segalanya sudah Allah tentukan
Doa yang dipanjatkan , moga moga DIA perkenankan
Sentiasa juga Yakini ada hikmah disebalik tiap kejadian
No comments:
Post a Comment